15 February 2013

ulangtahun kelahiran sepupu kesayangan


untuk sepupu kesayangan yang berada jauh nun di sana , ini entry untuk kau sempena dengan ulangtahun kelahiran kau yang ke-22 :)



umur pun daa makin meningkat. kita pun daa tak serapat dulu. dulu , macam 17tahun yang dulu. kau ingat lagi tak ? kita membesar sama sama. bermain , tidur , mandi , waktu minum susu. act , bukan susu. kau ingat lagi tak air favourite kita waktu kita kecik dulu ? ape lagi kalau bukan Milo :) dan baju pun mesti nak sama jugak. kita rapat macam belangkas. sampaikan adik beradik kau bahasakan diri kau kakak dan aku adik. ohh rindu sangat dengan semua kenangan tuu :(

lagi aku rasa seronok + gembira bila kita dapat sekolah teknik sama , kelas sama , dorm sama dan katil kau sebelah katil aku. aku tak tahu macam mana nak lalui kehidupan student asrama waktu tuu. almaklum laa , pertama kali. tapi disebabkan kau ada dengan aku , aku jadi kuat dan berani untuk lalui semua dugaan waktu kita duduk asrama dulu. sesiapa yang jadi kawan kau , automatik akan jadi kawan aku jugak. 

tapi sekarang , kita dipisahkan kerana tanggungjawab yang kita pikul. aku dengan dunia kerani aku. dan kau dengan dunia menganggur kau. ehh betul ke tak aku ni ? :\ tak pasal pasal kang aku kena serang dengan semua orang sebab keluarkan ayat tuu hihi :p ehh tapi kau memang belum dapat kerja yang kau nak tuu kan ? but , nvm laa cousin. rezeki ada dimana mana. aku sentiasa doakan kau semoga dapat kerja yang kau impikan tu :)

sekarang , kita berjumpa pun kalau ade kenduri atau kat majlis kawin sedara mara. kalau tak pun , kalau adik beradik kau semuanya balik kampung. dan waktu tuu baru kita dapat jumpa then , kau bawak aku jalan jalan sekeliling bandar pontian dengan kereta porche hitam kau tuu hihi :) dan kau takkan keluar pergi bandar pontian tanpa aku. 

banyak sangat kenangan kita bersama selama 22tahun ni. kau unik. kau 1 dalam 1000. tapi kalau kau daa dapat kawan baru kat luar sana , tolong jangan lupakan sepupu kau yang sorang ni :'( jaga diri. semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. semoga kita dapat konvo dan sambung degree sesama macam kat teknik dulu. aku nak kau tahu yang aku sayang kau sangat sangat ! :) 


thanks for reading mine :] you're allowed to come again XD

©Hakcipta Terpelihara Natashaborhan