04 December 2012

ohh interview !


maaf lah kerana tiada susulan gambar untuk entry kali ini :)

harini , aku sangat sibuk dengan agenda temuduga atau dalam bahasa inggerisnya "INTERVIEW" :p ibu terlalu sibuk nak suruh aku pergi nterview kerja. ibu daa tak sanggup nak menganggung aku yang berjawatan tinggi sebagai Penganggur Terhormat , mungkin :p dan aku gagahkan diri jugak untuk pergi interview tuu. walhal tempat interview tuu cuma sekangkang kera je dari rumah. tapi tahap kemalasan aku terlalu tinggi. namun , aku ketepikan semua rasa malas tuu. kalau nak diikutkan malas , memang tak jadi manusia laa aku ni :\

segala sijil sijil dan resume , semuanya daa disediakan dan disiapkan oleh ibu. aku tinggal nak pegi interview je. itu pun nak malas ! ape laa nak jadi ~ Natasha ! Natasha ! sebelum gerak ke tempat interview , berdering dering telefon aku berbunyi. semuanya panggilan dari ibu tercinta. seorang ibu yang tak pernah kenal erti putus asa untuk memberikan kata kata semangat dan dorongan kepada anaknya yang mahu pergi memohon kerja setelah tamat pengajian.

bila daa separuh jalan untuk aku menuju ke tempat interview dan sering mendapat nasihat dan dorongan dari ibu , barulah aku rasa semangat untuk pergi interview tuu datang berkobar kobar. kurang rasa takut dan gementar. tak seperti selalu. entah kenapa. 

mungkin berbekalkan doa dari ibu , mengiringi perjalanan  ku untuk pergi interview. kurang sikit rasa gementar tuu *wahh , daa macam nak pergi berperang pulak kita ni :p lepas daa isi form , then saat yang mendebarkan tiba apabila di-interview :\ sangat tak diduga bila yang meng-interview tuu sangat sempoi orang nya. tak tahu laa Puan ke , Cik ke. tapi nampak macam muda je :) aku yang di-interview ni pun rasa konfiden je nak menjawab segala soalan dari dia. siap boleh gelak gelak lagi :p

alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar. lega tak terkata rasa hati ni. hanya Tuhan sajee yang tahu. nasib baik ada ibu yang yang pandai dalam hal hal interview kerja ni. so , apa apa persediaan sebelum interview , cuma rujuk dari ibu je. segala sijil dan resume aku semuanya ibu yang semak dan sediakan dulu sebelum aku bawak pergi interview. bukan hari ni je , tapi memang dari dulu lagi memang ibu akan buat macam tuu if aku nak apply kerja. kalau takde ibu , entah apa apa entah yang aku bawak pergi interview tuu :\

but , its fact ! She is the best mother and my PA ever in the whole world ~ I'm soo lucky to have her as my Beloved Mother and PA ever ! hehe :) *hugs :* so , the moral of the story is , lain kali kalau ibu ada suruh apa apa ke , buat je. sebab bukan untuk sapa sapa pun. untuk kebaikan diri sendiri jugak. setiap kata kata seorang ibu tuu , ada baik dan betulnya :) *macam cliche jee ayat ayat semua ni kan ? ohh yeahh , ayat ayat yang aku copy paste dari twitter aku sendiri :p


thanks for reading mine :] you're allowed to come again XD

0 ribu pengkritik:

©Hakcipta Terpelihara Natashaborhan