30 November 2012

Malaysia University English Test


selamat pagi dunia :) pagi yang indah haruslah dimulakan dengan senyuman yang manis agar rezeki mudah datang kepada kita. pagi ni lagi sekali aku semangat untuk update entry baru selepas terlelap sekejap sebentar tadi. malam tadi tidur hampir jam 2pagi. then , awal awal pagi lagi daa kena bangun sebab kena hantar my uncle and my aunt ke dataran sebab diorang akan bertolak ke Brunei petang ni dari KLIA. my uncle ada tournament bola kat sana. hopefully they will have a safe journey :) so , aku di amanahkan untuk menjaga rumah mereka hingga ke hari isnin. and now , the BIG house is mine ! hehehehe :) *evil laugh :p

berkaitan dengan semester akhir , beberapa minggu sebelum aku lalui semester akhir , aku dan rakan rakan GC menduduki peperiksaan MUET *Malaysia University English Test. sepatutnya , kami ambik MUET ni masa sem 3 , tapi disebabkan kami tak diberi info apa apa mengenai MUET dalam masa kami sem 3 dulu , so , kami buat keputusan untuk ambil MUET masa sem akhir.

agak kelam kabut jugak kami dibuatnya waktu tuu. susah nak buat keputusan sama ada nak ambik kelas MUET atau tak. sebab kami takut tak boleh nak bagi komitmen yang sepenuhnya pada projek akhir dan subjek subjek yang lain. aku memang nak ambik MUET sebab kalau ada rezeki , aku memang nak sambung degree. cuma kelas MUET jee yang tak tahu nak ambik atau tak :\ dan akhirnya , kami dapat kata sepakat untuk ambil MUET tapi tak masuk kelas MUET. cuma 2 orang dari rakan GC jee yang ambik kelas MUET. so dari situ , kami belajar sikit sikit mengenai MUET dari mereka :)

4 jenis ujian yang perlu dilalui jika kalian menduduki MUET. speaking , reading , writing and listenig. like seriously , speaking test laa yang paling seronok sekali. tuu pon kalau korang diberi rezeki untuk dapat group partner yang sporting :)


alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar. saat yang mendebarkan bila kami terpaksa lalui test speaking terlebih dahulu berbanding dengan test test yang lain. mula mula tuu risau sangat :\ sampaikan tak boleh nak concentrate pada projek akhir. tapi bila daa lepas test speaking , rasa macam tak puas and nak buat lagi sekali sebab seronok ! :)

dan sekarang , aku sedang menantikan keputusan MUET yang akan diumumkan pada bulan  Januari nanti. agak berdebar :\ please pray for me :)

act , tak rugi kalau korang nak ambik test MUET ni. lagi lagi untuk mereka yang berniat + bersemangat untuk sambung degree macam aku ni *muntah sekarang :p dari situ kita boleh dapat dan kongsikan pengalaman untuk generasi yang akan datang :)


thanks for reading mine :] you're allowed to come again XD

2 ribu pengkritik:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Maklumat yang hebat! Penulisan karangan mungkin merupakan bahagian yang paling susah semasa menduduki muet. Anda boleh mendapatkan bantuan di laman web ini. Ia menawarkan bantuan dengan muet essay writing supaya anda dapat menjawab dengan mudah. Semoga ia membantu anda!

©Hakcipta Terpelihara Natashaborhan